Cinta sejati


Setiap orang impikan percintaan yang sempurna. Yang ikhlas dari hati ke hati. Dan, of course, yang berkekalan. Tapi kadangkala, apa yang kita impikan tu mungkin tak seperti yang kita sangkakan. Cinta itu banyak ceritanya. Banyak pahit dan manisnya. Banyak tawa dan tangisannya. Banyak rintangannya. Cinta itu indah. Kadangkala tak terungkap keindahannya. Hanya mampu dibalas dengan senyuman. Tak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Memang tidak dinafikan dalam setiap percintaan pasti akan ada air mata yang jatuh. Dan pasti akan ada hati yang terluka. Itulah cinta.

Cinta itu terlalu besar maknanya. Terlalu banyak kisahnya. Tapi pengertian saya sendiri, cinta itu memerlukan pengorbanan. Bukan pengorbanan yang merosakkan diri. Bukan. Tapi pengorbanan yang ikhlas. Cinta tidak semestinya memiliki. Dan pengorbanan cinta yang sejati ialah dengan mendoakan dia yang kita sayang walaupun setelah berpisah. Ya, cinta tidak semestinya memiliki.

Lepaskanlah cinta. Sekiranya ia datang kembali,
itulah cinta sebenar-benar cinta.





5 butterflies:

  1. salam ramadhan.. jemput singgah my blog (Aku Sebutir Pasir) kalau nak baca pengalaman saya mengembara di 46 buah negara .. :)

    ReplyDelete
  2. salam ieka.
    sangat tacing post ni. macam kena :(

    thanks for sharing. selamat berpuasa
    dan
    selamat hari raya :)

    ReplyDelete
  3. When you are hugging someone you love, never be the first to let go.

    ReplyDelete