Sahabat

Lagi beberapa hari kami akan menamatkan pengajian di Sunway University. Happy ada, sebak pun ada. Mungkin ada yang rasa relaks sebab inshaAllah lepas ni boleh jumpa lagi kat Monash University. Tapi ada yang rasa mungkin ni kali terakhir kitorang bersama. Tak pernah seumur hidup rasa erti persahabatan yang sebegitu murni dan luhur. Apa pun masalah, kitorang luahkan bersama. Bersama-sama kitorang membimbing antara satu sama lain. Rasa macam alangkah bertuahnya diri ni Allah takdirkan pertemuan dengan mereka. Kitorang belajar bersama, gelak ketawa bersama. SubhanaAllah. Semua ni mungkin mustahil tanpa usaha Ustazah Yazilmiwati. Berkat usaha dan doa beliau, mengubah segalanya dengan izin Allah. Siapa tahu orang yang dulu kita sangkakan sombong sekarang sahabat kita. Sahabat yang bersama ketika waktu senang dan susah. Yang bercakap jujur. Yang tidak mengutuk atau mengkritik kita di belakang. Itulah sahabat. Rasa kasih sayang dapat dirasakan antara satu sama lain. Alhamdulillah.

Dulu tak sangka, begini besar hikmah yang Allah berikan. Dulu tak sangka, bila masuk University ni akan mengubah seluruh hidup. Mudah-mudahan Allah berkati ukhuwwah kita wahai sahabat sekalian :')





Kumpulan saya, "Muadz" :)





















Gambar-gambar semasa camping bulan Mac lepas :)

Rindu :')



"Sahabat yang mampu menangis bersama, belum tentu adalah sahabat yang terbaik buat kita. Tetapi sahabat yang terbaik itu hakikatnya, adalah sahabat yang menarik kita kepada Allah Yang Maha Esa".





1 butterflies: